MAKLUMAT BENGKEL


Kita mungkin pernah dengar pepatah mengatakan 'seni itu makanan jiwa', kiasan menerangkan bagaimana seni dan pendidikan seni itu sering menjadi pendamai dan penyubur nurani.


Untuk kanak-kanak, pendidikan seni membantu membina imaginasi dan merangsang keupayaan berfikir secara kreatif.  Kebaikan ini akan berkembang di dalam minda kanak-kanak dan menghasilkan keupayaan menyelesaikan masalah,  memahami pembacaan dan pemikiran analitikal yang jauh lebih baik,.
Atas kesedaran ini kami tawarkan Lukis 2011 untuk kanak-kanak meneroka dunia lukisan dan mengalami kebaikan ini sendiri.
Bayangkan belajar di Balai Seni Lukis Negara dikelilingi 4,000 hasil seni yang pastinya akan mencetuskan pelbagai rasa dan idea.
Lukis 2011 menawarkan aktiviti seni menyeronokkan yang akan menjadi pengalaman sukar dilupai oleh kanak-kanak yang menyertainya. Antara pendedahan yang akan diterima oleh peserta ialah pemikiran kreatif, asas lukisan, penciptaan, 'art of play', penjanaan idea dan banyak lagi! 

PALING ISTIMEWA - Peserta akan dilatih oleh artis-artis profesional dan bakal mempunyai pameran seni sendiri di akhir bengkel!





Maka, tenunglah wajah anak-anak kita yang amat kita sayangi dan berilah mereka peluang ini. :)
MAKLUMAT BENGKEL LUKIS 2011
  • Setiap hari Sabtu atau Ahad bermula dari 5 November 2011 sehingga 29 Januari 2012
  • Masa :  Sesi Pagi  10: 30 - 1:30 / Sesi Petang 1:30 - 4:30 (dengan waktu rehat )
  • Lokasi : Balai Seni Lukis Negara, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
  • Tenaga pengajar adalah artis profesional
  • Terbuka untuk semua kanak-kanak 7 - 12 tahun*
  • Peralatan melukis disediakan PERCUMA
  • Kelas 10% teori 90% praktikal
  • Yuran : RM 150 sebulan (dibayar setiap awal bulan)
* Hubungi kami untuk keterangan lanjut jika anak anda berusia lebih muda
    Jika anda berminat sila ke PENDAFTARAN

    Atau HUBUNGI KAMI untuk maklumat lanjut  :)